Sunday, March 2, 2014

Mexican Bun / Rotiboy

Rotiboy ni adalah satu satu kegemaran my kids (kecuali sophie).  Last weekend, dorang mintak I buat rotiboy.  Well, ini adalah percubaan kali ke-2.  kali pertama buat dulu tak laku the kids tak mkn sgt, roti tak gebu...silap teknik la tu :)

Skrg setelah beberapa kali belajar buat roti, I rasa I dah tahu mcmana teknik nk dptkan roti yg lembut & gebu..hehe...Hareez cakap, "rasa mcm rotiboy mama!".  Kalau dia dah approved tu maknanya ok la tu, dia yg hantu rotiboy ni sebenarnya.  Kat sini ada kedai Paparoti (cawangan Rotiboy), namun I tak pernah beli pun.  Mcmana nak beli kalau sebiji roti berharga QR12.00!!  Kalau sebiji bolehlah gagah2 beli, kalau utk 5 molots ni...lebih baik buat sendiri lah, berbaloi2...




yg comel2 ni utk dorang bawak bekal ke sekolah



Resepi Mexican Bun

Sumber : My Resipi


Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

4 comments:

  1. wah semakin terer nie PD..dah buat roti boy lak...cayalah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. UmmuAidan-Arissa: kena try & error, lama2 insyaallah boleh buat. bila ada permintaan, terpaksalah buat...bila dah buat, dlm sehari boleh licin....makin bersemangatlah I sbb laku!

      Delete
  2. wah!!!cantik jadinya rotiboy tu. ros ada simpan draf ni tapi cam tak confident je nak buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. ros: percubaan pertama I gagal dptkan roti yg gebu & lembut. , sampai the kids pun x nak mkn. pastu try buat lagi...kali ni ikut betul2 cara2nya insyaallah jadi...

      Delete