Monday, May 12, 2014

Laksam Kelantan

Kali pertama cuba ni...tak susah mana sebenarnya.  Ulam pulak tak cukup cuma ada timun je...daun kesum & bunga kantan pulak yg frozen punya...mesti tak sedap kalau nk buat ulam, utk masak takde masalah.  I letak carrot, tapi mmg tak kena carrot dgn laksam...rasa lain mcm.  Lain kali tak boleh dah letak ulam carrot ni.

Resepi I ikut resepi Azie Kitchen.






Sunday, May 11, 2014

Sophie 7 - 080514

Kejap je dah 7 tujuh tahun...kalau kt M'sia ni dah darjah 1, kat sini dia dah year 2.  Badan still kecik, risau pulak mcmanalah nk balik school kt M'sia...kesian anak I nnti kena angkut school bag yg berat T_T






EMB pulak, makin slim dah sekarang .  Nampak tak perbezaan dulu & skrg?  Gambar yg kt atas tu gambar latest.  Kalau tak nampak beza meh tgk gambar2 kt bawah ni...

2011
2012
2013
Sape nak tips kurangkan berat badan secara sihat bolehlah tanya EMB.  Dia tak mengamalkan diet melampau sampai tak makan.  Makan mcm biasa cuma kurangkan kuantiti dgn mengira calories in calories out.  Dia juga exercise, ada program exercise yg dia ikut.  Dia berjaya turunkan berat dia dari 125kg to 87kg now.  Sedih pulak I tgk dia kurus mcm tu...

Monday, April 7, 2014

March yg busy

Mmg tak menyempat nak upadate WWFE ni skrg.  Smlm terpaksa bawa kekanak pergi club sbb dah janji school holiday nk bawa dorang pergi swimming.  Surprisingly, Hareez dah pandai swim!  Entah bila dia pandai I pun tak tahu...belajar masa swimming lesson kt sekolah lah kot.

tggu bas, tapi dah terlepas 1/2 an hour baru ada bas lagi...last2 we all menapak je...balik baru naik bas

abis swimming, semua lapar...masuk La Verandah Cafe tepi pool


Ok, now cerita pasal Youth & Parenting program yg berlangsung sepanjang March tu pulak.  Parenting Programme ada 3 sessi, I hanya attended 2 sessi je dr 3 sessi tu...byk juga ilmu yg dpt...alhamdulillah!

En Fakrie & Puan Jamilah (Cool Mum Super Dad)

committee members dgn Puan Jamilah


Program utk anak2 pun ada juga, berlangsung selama dua hari dr 21 -22 March 2014.


Terima kasih kepada semua Committee Members yg bertungkus-lumus membuat persiapan bg program ni!!

Sunday, March 16, 2014

Roast Turkey with Lemon

Saja ngengade nk mkn ayam besar! Berminat nk try je, sbb dok tgk Gordon Ramsay masak ni. Lagipun I tak pernah mkn turkey, kalau pernah pun turkey ham je :)

upacara perap & sumbat bawang besar & lemon dah selesai

sepatutnya masa masak dlm oven tu, kena keluarkan sekejap turkey ni kemudian siram dgn juice yg keluar dr turkey supaya bila masak nnti tak kering mcm I punya turkey haha...I masukkan turkey dlm oven, set timer terus I naik atas lepak.  Lupa terus nk turun jenguk2 turkey dlm oven

gravy dia I tak ikut Gordon punya resepi, tak cukup bhn, so I buat blackpepper sauce 


chicken pie ni pun sedap mkn dgn blackpepper sauce

Resepi roast turkey kt sini.
Resepi blackpepper sauce kt sini.

Tuesday, March 11, 2014

Birthday Bread vs Birthday Cake

Hari ni birthday EMB.  I dari pagi lagi dah mula projek kek & roti ni...hehe..I buat roti oat utk EMB, sbb dia tgh control & jaga pemakanan dia kan...so, I rasa cake will spoil his diet la :P



The Birthday Bread (Light Oat Bread)

Light Oat Bread Recipe

Source:  allrecipes

Ingredients:

1 1/4 cup water
2 tablespoons margarine
1 teaspoon salt
3 cups all purpose flour
1/2 cup rolled oats
2 tablespoons brown sugar
1 1/2 teaspoons active dry yeast

I buat no-bake oreo cheesecake for the kids, sbb kids kalau birthday2 ni x sah kalau xde cake.  Hiaskan dgn homegrown strawberries yg kebetulan ada beberapa biji masak ranum hari ni.  





Resepi ni I dapat from k Diana Melley Mey (Sky Blue Kitchen)
No bake oreo cheesecake
Bahan-Bahan 500 gm cream cheese _ pada suhu bilik 1 cawan Non-dairy whipping cream 1/4 cawan susu pekat atau secukup rasa mengikut citarasa masing-masing 1 tsp esen vanilla Biskut oreo secukup kegunaan ( perisa ~ oreo with vanilla cream ) _ asingkan cream dari biskutnya & asingkan 28 keping cream untuk kegunaan nanti Biskut oreo double delight ( peanut butter n choc cream ) secukup kegunaan _ dicincang kasar
Cara-Cara Kisar biskut oreo yang telah diasingkan dari creamnya dengan menggunakan food processor. Ketepikan. Pukul cream cheese hingga lembut. Kemudian masukkan 28 keping cream oreo perisa vanilla dan pukul hingga sebati. Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga lembut berkrim. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ke dalam bekas yang digunakan. Kemudian picitkan adunan krim keju di atasnya. Lapis lagi dengan sedikit biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang ( peanut butter n choc cream ). Picitkan lagi adunan krim keju di atasnya. Lapis lagi dengan biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang di atasnya. Letakkan sebiji biskut oreo ( peanut butter n choc cream ) di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.