Monday, September 30, 2013

Kuantan - Kerteh

Kuantan, Kerteh adalah dua tempat wajib yg tidak boleh tidak mesti kena singgah.  Maklum ajelah..tempat jatuh lagi dikenang inikan pula a place places once called home.  Segala pahit manis, suka duka semua pernah dilalui di sini.

Tiba di Kuantan pada mulanya I nak tido je rmh my brother, tapi dia pulak ada majelis makan2.  I pun tak nak lah menyusahkan dia (maklumlah mesti penat layan ramai tetamu) walaupun my brother & SIL beriya-iya suruh we all tido rmh dorang.  Lps balik dr rmh my brother, terus je terjah hotel budget kt bandar Kuantan! 

Tambahan pula, nak dijadikan cerita kereta we all pulak buat hal mlm tu...lampu brek xmo padam...menyala je sepanjang masa.  Cuak jugaklah kan,takut habis bateri nnti. Malam tu, EMB cabut wayar bateri.   Cari hotel yg paling dekat dgn pusat servis supaya senang esok pagi2 nk hantar kereta repair.  




Tujuan paling utama sebenarnya kt kuantan ni nk bawak si kakak ni buat dental treatment.  Hanya kt kuantan ni lah satu2nya ada klinik yg I percaya & puashati.  Walaupun ada "sikit" mahal tapi berbaloi-baloi. Klinik ni mesti kena datang awal, kalau boleh tunggu depan pintu klinik sblm dia buka.  Sbb kalau lambat mesti lama menunggu...seharian tu mmg dah biasa.  Namun begitu, I sanggup tunggu jugak!  Memang si kakak ni dr dia kecik lagi mmg pegi situ buat treatment, record semua masih ada lagi.  Semua mesti buat kt kuantan...nk buat spec - kt kuantan.  nak buat dental treatment - kt kuantan.  Dah biasa kt situ, bila buat kt tempat lain rasa mcm tak puashati je...dah lah bayar pun mahal juga...

Dentist kesayangan kami...
Petang baru siap tunggu si kakak ni...ptg tu we all pergi makan nasi kukus Juna kt Jungle Foodcourt.


Sempat curik masa singgah melawat kawan yg kini jadi "insan istimewa" akibat kemalangan yg berlaku beberapa tahun lepas.  Lama I lost contact dgn dia, last dia called masa I kt kemasik.  I pindah Qatar ni pun dia tak tahu.  Sampailah ramadhan lepas dia called I.  Mmg I tergamam sekejap bila tgk no. dia.  Lambat je I angkat...mcm tak sangka dia masih ingat I!

I kenal dia masa kerja dulu.  Masa I nak bersalin kt Hareez, dia lah yg ganti I sekejap.  Pastu bila dah habis contract, dia dpt kerja kt plant berhampiran...we all masih lagi in touch la.  Pastu masa cuti raya haji, I dpt satu fon call, menyatakan dia kemalangan masa nk pergi kerja.  Ayah dia yg hantar dia pergi kerja setiap hari....org langgar dia masa kt traffic light (org tu langgar lampu merah kalau tak silap).  Sejak tu, dia hilang penglihatan..sampai sekarang ni.  Sedih kan...sbb tu masa jumpa hari tu, I tak pernah tanya pasal mata dia.  I treat dia mcm dulu2 jugak...mcm org normal.  Mcm dulu2 jugak...berkongsi cerita mcm2...dia ni kiranya pangkat adik la...


Malam kedua di kuantan barulah I tido rmh abg I.  Si kakak dgn Hareez I hantar rmh kakak I.  Dorang yg nk tido sana sbb ada geng.  Esoknya keluar pagi2...singgah pulak rmh kawan EMB.  Mcm ni lah we all setiap kali balik, byk betul tempat persinggahan!  Lewat sikitlah pergi amik the kids kt rmh kakak I.  Suka budak 2 org tu...katanya boleh duduk lama sikit rmh kakak I....hmmm..mcm2...adik-beradik I ni mmg dgn anak2 sedara semua dibuat mcm anak sendiri.  tu yg dorang suka sgt!

Dari kuantan terus ke kemaman...singgah beli keropok lekor kegemaran I & singgah kejap rmh kawan I hehe...Pastu masuk kuala kemaman pergi beli otak2 & sata kt warung Aziz Sata.  I mmg kena beli kt situ jugak dulu kini selamanya.  Kt tempat lain tak kena selera la pulak.

Singgah pulak kerteh...melawat kawasan rmh lama we all di Kemasik.  Nebor kesayangan I pun dah ikut husband dia kerja kt Mauritania, Afrika.  Tak sempat jumpa dia kali ni.  Nak jumpa blogger Mulan pun xde rezeki :(


Singgah Mesra Mall utk makan, solat rest kejap sambil cuci2 mata.  Pastu terus balik Kelantan...malam jugak sampai sana seperti biasa.


Sunday, September 29, 2013

3D2N Melaka - Day 3

Hari yg last ni I merayu-rayu dgn EMB nk cari kedai breakfast kuih kampung yg menjual mcm2 jenis kuih tu. googled cari pun tak jumpa.  mmg kata org tempat ni agak tersorok sikit.  EMB bab2 mencari ni mmg dia tak sabar sikit.  Hampir2 nk bawak we all breakfast kt McD!  I cakap, ok lah kalau tak jumpa kedai tu pun, kedai lain pun xpe....but no fast food please...I nk gerai food for breakfast. dah puas pusing 2-3 kali, terjumpa gerai breakfast yg ini (bukan kuih kampung) betul2 kt tepi balai polis area dia kt belakang2 kedai...kt situ ada pejabat Tabung Haji dan sebagainya.  Ni kira tawakal je la, tak tahu lah sedap ke tidak.



We all makan nasi ayam - 3 set + 1 nasi tambah, mee kari -1, soto ayam - 1 & milo ais - 2, teh tarik - 1, air suam -1.  Guess berapa total yg we all bayar?  RM18.00++!!!  I rasa sgt murah & berbaloi2 dgn makanannya yg sedap.  The kids makan pun nampak puas & kenyang.  Tak menyesal mkn kt sini.  EMB pun dah tanda tempat ni dlm GPS dia.  Lain kali bila datang lagi, boleh singgah sini breakfast!  Lebih kenyang dr makan fast food McDonald's etc taw...

Perut pun dah isi, sblm balik KL we all pergi River Cruise dulu.  Lagipun mmg x rush nak balik pun...2 jam pun boleh sampai dah KL.  Kalau jauh tu, mmg lah kena bertolak awal2 kan...perjalanan tu jauh.













Berakhirlah sudah cuti-cuti Melaka utk tahun ini...insyaallah tahun depan boleh pergi Melaka lagi :)

Thursday, September 26, 2013

Melaka 3D2N - Day 2















Penat2 jln kt kota A Famosa, the kids sibuk nk mkn kt restoran Upin & Ipin.  Maka, makan tengahari di situlah kami pada hari tersebut.





ayam goreng upin & ipin

mee rebus restoran upin & ipin ni sedap!  I dgn EMB hirup kuah dia sehinga ke titisan kuah yg terakhir...





Pada sebelah petangnya, pergi visit my niece yg tinggal di Terendak.  Malamnya pula, dorang bawak belanja makan yong tau foo kt Pantai Puteri.


kucing2 kepunyaan husband anak saudara I yg mempunyai rupa paras unik & rare.  keturunan campuran pelbagai baka katanya...



mcm rupa 6 jahanam kan?


sekor rimau diletakkan di dpn rmh utk halau monyet








1 big bowl cukup utk semu org makan

yong tau foo ni sgt sedap taw!  setiap kali dtg Melaka mesti kena dtg sini