Sunday, December 8, 2013

Berhati-hati Menggunakan Tungku Moden

Beberapa hari lepas ada terbaca sharing seorg rakan FB berkenaan bahaya penggunaan tungku moden. Kisah selanjutnya boleh baca di blog ini.

Tadi pagi I called mak nk tanya khabar pasal banjir.  Mak kata rmh kt kg alhamdulillah setakat ni tak kena banjir.  Pastu mak cakap ayah I xde kt rmh dia keluar pergi farmasi.  Mak beritahu ayah melecur teruk kt paha masa guna tungku moden!  Tungku tu kakak I punya, ayah pinjam.  Kakak I dah pesan kt ayah... lampu indicator tungku tu dah rosak.  Bila tungku tu fully charged kita xkan perasan.  So, kakak minta ayah beringatlah tutup suis bila dah rasa panas.  

So, masa malam kejadian tu ayah tgh bertungku ntah macamana dia terlelap dan lupa nak tutup suis & tungku overheat.  Habis la melecur paha ayah.  Tak sangka pulak benda yg sama boleh jadi kt ayah I. Mudah2an ayah cepat sembuh.  (Dah la musim hujan ni dia selalu sakit urat.  Bila bertungku, lega lah sikit sejuk2 urat tu. Selalunya guna tungku tradisional.)

Ciptaan moden ni mmg memudahkan kita sebenarnya tapi bila dah byk kejadian mcm ni berlaku I rasa penggunaan tungku tradisional jugak yg lebih meyakinkan.

2 comments:

  1. oo kesiannya kat ayah..so macam mana sekarang?tak bawa ke hospital ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan Juhaida: belum call mak lagi tanya keadaan ayah skrg. tak bawa ke hospital pun, klinik/farmasi aje

      Delete