Wednesday, December 11, 2013

Semalam (10/12/13) Genap 2 Tahun!

Semalam mmg tak sempat nak buat N3 anniversary yg ke-2 we all di bumi Qatar ni.  On Tuesday every week mmg I busy ya amat!

Sepanjang 2 tahun ni mmg tak terasa waktu berlalu.  Rasa sekejap je dah 2 thn.  Kalau kita suka dgn tempat ni mmg kita akan rasa sekejap.  Cuba tinggal kt tempat yg kita tak suka mesti rasa masa berlalu begitu perlahan gitu...terseksa jiwa dan raga!  maaf...errr...contohnya mcm masa we all tinggal kt tempat sebelum ni...mmg we all rasa stress sgt masa tu.  Kalau musim banjir mcm skrg ni mmg xde peace in mind.  Dah pernah ada pengalaman banjir dulu masa tinggal kt situ.  Risau je bila hujan lebat tak berhenti.

Itulah kan, bila fikir2 semula & dikenangkan kembali setiap kejadian tu mmg ada hikmah yg tersembunyi.  Itu semua rahsia Allah. Kita sbg hambaNya kena redha dgn apa yg berlaku.  I yakin dgn ayat 5 - 6 surah Al Insyirah yg bermaksud:  

" 5. Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan,
   6. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan"

Alhamdulillah kami bersyukur kpd Mu ya Allah...!


2 comments:

  1. Alhamdulillah biasanya tpt yg kta dpt peace of mind itulah yg membahgiakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummu: betul tu...alhamdulillah syukur...

      Delete