Sunday, November 17, 2013

UPSR

Pertama sekali I nak ucapkan tahniah kepada semua pelajar2 yg mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini. 

Kalau diikutkan si kakak ni juga kena exam UPSR tahun ni kalau we all masih di Malaysia.  Tentulah I yg terlebih2 risau bila anak2 nk amik peksa.  

Namun begitu, ada juga kita dengar berita ada anak2 yg sampai bunuh diri kerana gagal (or tak cemerlang?) UPSR.  Sampai begitu sekali tertekan dgn keputusan peperiksaan.  Walhal baru UPSR...masih byk lagi exam yg lebih besar, lebih penting perlu dihadapi.  


KISAH PELAJAR YG BIASA2

I rasa nk share secebis kisah my niece, my sister cerita kt I.  My sister (she is a teacher) ckp jgn buat anak2 tertekan.  Setiap anak tu dilahirkan mmg tak sama kemampuan dia.  My sister ni anak ramai, jadi dia dah experienced dlm ramai2 tu ada lah seorang dua yg "slow" sikit drpd yg lain2.

I sambung terus kisah my niece ye.  My niece ni, masa kecik2 mmg nakal...kuat makan...bila balik kampung I seronok layan dia.  Bila dia lapar dia mintak buatkan "nasik toweng" *pelat - nasi goreng*. Nasi goreng & burger adalah dua makanan favourite dia.  Badan pun mmg sedap la...bam bam!  

Dia ni golongan pelajar yg biasa2 je.  UPSR - satu A pun takde, begitu jugak dgn PMR, mmg xde A. Seterusnya sampai ke peringkat SPM...still result dia biasa2 je.  Dia masuk ke form 6 ambik STPM. Kakak I cakap, masa dia form 6 dah mula nampak perubahan.  Dia jadi bertambah rajin belajar. Alhamdulillah keputusan STPM dia bagus, dia dapat masuk universiti akhirnya!  

Semasa di universiti, dia terus tekun study.  Selalu masuk dean's list...dpt award.  Menurut kakak I, mmg dia byk berubah ke arah yg lebih positif.  Selesai solat, kakak I nampak dia selalu mengaji Quran. Dia suka masak, bila dia balik cuti kakak I goyang kaki tak payah nk masak sgt dah.  Balik kerja makanan dah terhidang.  My niece skrg pun dah jadi teacher jugak, ikut jejak mak!

Buat anak2, adik2 semua...ini hanyalah secebis kisah.  Mudah2an boleh dijadikan panduan.  Teruskan usaha utk berjaya & sentiasa berdoa.  Ada orang Allah bagi jalan mudah utk berjaya, ada org terpaksa melalui jalan yg jauh utk berjaya.  Namun, akhirnya berjaya juga.  Ingatlah, semua ni ujian buat kita. Ujian buat kedua ibubapa.  Tempuhinya dgn penuh kesabaran & redha serta sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah seterusnya kita bertawakal kepadaNya.

*pernah tak mengalami....bila keputusan exam diumumkan:

-  saudara mara sibuk tanya -  dapat berapa A?
-  jiran2 pun sibuk tanya juga
-  kawan2 mak ayah pun nak tahu juga

pastu bila dapat tahu result kita berapa terus dibanding2kan dgn result anak dorang...hahaha...I sensitip tau bab2 mcm ni...kecik ati rasa...

kalau dpt cemerlang tentulah xde masalah nk cerita kan...kalau dpt biasa2 atau fail ke, mcmana?  I selalunya tak tanya.  Kalau tuan punya badan sendiri nk cerita xpe.  Kadang2 I tanya juga anak2 sedara I.  Bukan nk banding2kan mereka (pantang mak tau banding2 ni), sekadar mengambil berat saja.  Cara tanya pun main peranan jugak kan.  Biasanya kalau kalau dpt cemerlang tentulah bagi ucapan tahniah. Kalau result tak berapa comey, terus I bagi kata2 semangat supaya dia tak down.

Lastly, I minta maaf byk2 - that's just my two cents!

2 comments:

  1. anak sulung merasa UPSR. alhamdulillah hanya 2thn kat sklh kebangsaan dia dpt 5A. mmg struggled! masalah bahasa cabaran paling utama. kami antara parents yg paling rileks hahaha siap cikgu pulak yg tension bila tengok kita okay ja result periksa penggal dia tak ok. duduk pun kelas yg pertengahan saja. mmg tak dak harapan 5A. tapi berkat usaha dia sendiri .. dia sorang saja dpt 5A dlm kelas. kat sklh dia 4 kelas pertama (5A,B,C,D) mmg target semua 5A. dia kelas 5K. anak kedua tak merasa la upsr thn depan. selamat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala: tahniah utk anak mala & tahniah utk mala juga! tu lah kan, bagi masa & ruang utk anak improve. story anak you ni mmg I suka, boleh jadi contoh utk anak2 I juga

      Delete