Tetiba kenangan lama datang menyapa bila tgk gambar2 lama & klasik yg tlh diupload oleh my cuz dlm FB dia. Ayah dia (my uncle) before jadi polis dia pernah jadi photographer. Kalau ada majlis kahwin atau apa2 yg perlukan khidmat photographer org akan panggil dia. That's why dia ada byk collection gambar2 lama our family. Dulu2 kalau pergi rmh my uncle ni kt kemaman, selalu la dpt tgk gambar2 lama...serta collection kamera lama dia.
One of the gambar yg paling menarik perhatian I ialah gambar ni...mungkin taken in late 1950's or early 1960's. Gambar pasar atau org kelantan panggil market (jgn marah you, English dikelantankan sebut merkek/kedai). Di sinilah bermula segalanya. Nenek I dua beradik bersama2 kakaknya membanting tulang mencari rezeki utk sesuap nasi dgn berniaga di sini. Ya, keturunan I mmg keturunan org berniaga.....cuma I je x minat serta x pandai nk berbisnes. Nenek I dgn nenek sedara I mmg pandai berniaga, pandai berunding...pandai bercakap..tegas. Nenek sedara I menjadi org pertama yg berjaya bukak kedai runcit di kg ini....kiranya zaman tu org akan dtg ke beliau aje lah nk beli keperluan harian serta barangan lain. Walaupun nenek sedara I x pandai membaca atau menulis , tetapi menurut cerita ayah I, dia ada sistem tulisan simbol dia sendiri. kalau org berhutang ke apa ke...dia akan catat kt buku yg mana dia akan tahu siapa berhutang & byk mana jumlah hutangnya. Walau bagaimanapun, nenek sedara I tidak dikurniakan zuriat. Sbb itulah dia bela ayah I (ayah I anak yatim).
Sblm atuk I meninggal, nenek I agak senanglah jugak pd zmn tu, ada tempat bergantung. Atuk I antara org yg pandai menulis & membaca pd zmn tu sekitar tahun 1930's (zmn tu ramai yg buta huruf, amat sedikit jumlah yg celik huruf ni), serta tulisan beliau amat cantik. Sbb itulah dia diambil bekerja menjadi kerani Datuk merangkap driver kpd Datuk ni. Org2 kg akan menggunakan khidmat beliau utk menulis surat. Manakala setelah beliau meninggal, arwah nenek I agak susah hidupnya....arwah berniaga kuih muih & goreng pisang serta kedai kopi utk menanggung anak yg ramai (arwah nenek I kawin lagi setelah beberapa lama jadi ibu tunggal)....Allah maha adil kan...ada org Allah bagi rezeki melalui anak2 yg ramai...ada org Allah bagi rezeki dgn harta benda...
Sampai skrg pun kalau budak2 zaman tu yg sempat dgn kedua2 arwah ini masih ingat lagi tentang mereka. Terutama arwah nenek I yg begitu baik dgn kanak2 serta pemurah...sentiasa tersenyum. Ada di antara kawan2 sepermainan I yg masa kecik2 biasa dtg beli goreng pisang atau ABC atau kuih muih, masih ingat lagi akan arwah ni....selalu je bagi free atau extra kalau dia beli apa2. Nenek sedara I tegas & garang sikit dgn budak2 maklum la org xde anak kan, sifat keibuan tu kurang la sikit kan...
Di kampung ini dulu2 dh ada 1Malaysia....ada orang Cina, India Muslim serta Siam yg tinggal & buka kedai di sini. Kami saling mengenali di antara satu sama lain. Bahkan, jika ada kenduri kendara atau kematian sekalipun, jiran2 cina ini akan dtg menziarah. Mereka dh jadi sebahagian dr kami, nama mereka pun di"Melayu"kan contohnya dgn gelaran Mek Som dan sebagainya. Lihatlah betapa dekatnya mereka di hati kami. Mereka cukup faham & menghormati adat resam & sensitiviti org Melayu.
Tetapi skrg ni, org2 lama yg menjadi penyeri kg ini sudah ramai yg meninggal. Golongan muda pula ramai keluar merantau samada utk further study atau utk bekerja. Suasana dh x meriah mcm dulu...tambahan pula tapak kedai/market yg lama ini tlh dipindahkan ke tapak lain. Tapak market lama mmg betul2 dpn rmh I di kg. Dulu2 kami ada padang utk bermain. Padang tu dipanggil "padang majelis" (padang majlis daerah). Pasar telah dipindahkan ke situ lah...x jauh pun dr rmh. Setelah tapak asal market diubah, suasana semakin malap. Org mcm x ramai dtg membeli.....ada kaitan ke dgn perubahan tapak asal? Menyebabkan org kurang berminat nk dtg. Masa tapak berpindah tu (pindah ke market baru dlm tahun akhir 80-an kalau x silap I, masa tu nenek2 I dh bersara dh....dh tua....tapi jauh di sudut hati mereka, mereka sedih bila tapak asal tu diubah...
I selalu ingat kisah pasal arwah nenek2 I berdua ni.....mmg x akan lupa. Asal mereka sgt2 susah....menderita di zaman perang Jepun. Salah seorang abg nenek I dibawa oleh Jepun ke Burma utk jadi buruh pembinaan landasan keretapi maut. Keluarga mmg ingat xde harapan dh abg nenek I ni balik semula ke Malaya. Allah Maha Berkuasa, beliau berjaya kembali semula ke Malaya setelah beberapa lama di Burma, berjaya melarikan diri. kembali dlm keadaan yg tidak terurus....kurus, janggut panjang, hampir tidak dikenali. Namun begitu, kesan dr peristiwa itu beliau hampir setiap malam mengalami mimpi & igauan mungkin trauma atau apa...
Tulisan ini adalah sempena Hari Kemerdekaan yg lepas, skrg baru I ada sedikit kelapangan utk menulisnya. I sgt2 rindu dgn suasana dulu2....sgt meriah & ceria. Kiranya zaman I kecik tu dh hujung2 dh....yg lebih2 lagi merasai perubahan itu tentulah abg2 & kakak2 I. yelah mereka membesar di zaman 60's & 70's. Tentunya lebih byk kenangan mereka. Sesekali berkumpul byk cerita2 mereka yg keluar....
|
Pasar Pauh Lima puluhan tahun yg lampau |
|
tapak pasar lama Pauh Lima - kini |
Lihatlah dua gambar dulu & sekarang....betapa jauh bezanya. Gambar lama tu kredit to my cuz. Tiada lagi zaman kegemilangan & kemasyhuran Pasar Pauh Lima!