Monday, August 6, 2012

Karipap Sardin & Tart Nyonya



gambar ni xde kena mengena dgn karipap sardin & tart nyonya, sekadar hiasan!
Buat pertama kalinya I dh pandai mengetart, juga mengelim karipap....walaupun kelim x begitu kemas & cantik sgt, tapi ok lah...asalkan ada rasa & sedap.  Kali pertama try buat tart, menjadi....kali kedua try buat x jadi....terpaksa campak masuk cik tong, silap resepi!  Then, kali ketiga try buat lagi....refer balik resepi yg first time buat sambil doa & selawat bagai mudah2an jadi & sedap.  So, kalau x jadi tu jgn putus asa ye...cuba & cuba lagi...


Sblm I lupa resepinya lebih baik I copy kt sini utk I refer bila2 nk buat semula nnti.  Nnti silap resepi mcm kes tart yg x menjadi tu!

Resepi Tart Nenas Nyonya
Source :  Dunia dari Dapur  Kak Jee

BAHAN2NYA:
(37 BIJI)

300 gms tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor

jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)

CARA:

Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.

Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.

Simpan kira2 dua puluh minit dalam peti ais.

Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter (lihat gambar). Tapi Kjee tak turap. Leceh. Kjee buat ketul2 besar guli. Agak2 lah. Pastu penyekkan sikit sampai jadi lebih kurang stengah inci. Pastu Kjee ambil cutter, letak atas doh yang dibulatkan tadi. Ambil anaknya dan tekan.

Hah...senang kerja. Kemudian keluarkan doh perlahan2 dan cepit guna penyepit. Jemnya Kjee buat bulat2 dan letak atas doh yang dah cepit tu. Kekadang bagus jugak otak tua ni nak cari jalan senang.

Bakarlah sampai masak iaitu kira2 25 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius.

Resepi Karipap Sardin 
Source:  Dunia dari Dapur Kak Jee


Ini inti resipi Kjee
Bahan2

1 tin sardin
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
5 biji api
sedikit minyak
2 biji kentang didadu dan rebus hingga empuk

Bawang dan cili ditumbuk halus. Kemudian tumis. Bila dah garing, masukkan sedikit kuah sardin dan masak beberapa minit. Kemudian masukkan ikan sardin yang sudah dibuangnya. Jangan dihancurkan sangat. Kemudian masukkan kentang dan kacau hingga rata. Apabila sudah naik wap, bubuh sedikit garam dan padam api. Sejukkan.
 
utk pastri:
 
Bahan2nya
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam (Kjee guna 3/4 cawan air suam)

Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan

2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin

sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.



**buat karipap ni gara2 tgk mamafami buat karipap, terus terasa nk buat jugak...


karipap sardin

tart nenas nyonya
tart yg x menjadi...tunggu masa utk masuk cik tong!

4 comments:

  1. hihi biasa le tu...kadang2 mmg masuk cik tong :)
    akak dulu belajar claim karipap guna plastesin .

    ReplyDelete
    Replies
    1. k kasihredha: hihi...frust kan kak bila x menjadi mcm ni...I pun patut belajar kelim karipap guna plastesin jugak ni

      Delete
  2. Assalamualaikum Yong Ruby,

    Sian tart masuk tong, makan pun boleh, bagi bebudak tentus abis punya!
    Karipap buruk takpa janji inti sedap!
    Dah siap beli baju raya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam kak,

      tart tu mmg x dpt diselamatkan langsung, liat...nk mkn pun susah!

      baju raya dh siap beli masa kt PKNS haritu..hehe..

      Delete