Friday, August 31, 2012
Wednesday, August 29, 2012
Pokok Angkat & Kuih Lepas Raya
I ada 3 pokok angkat utk dijaga. My friend before balik bercuti M'sia haritu ada titipkan her indoor plant, mintak I tolong siram. Boleh jugak I beraya dgn pokok2 angkat ni...jadikan hiasan di sudut2 tertentu...hihi..
yg ni I letak kt kitchen, sbb nk kena siram tiap2 hari |
dua beradik ni I letak kt ruang tamu...2 minggu sekali siram |
Juga, smlm baru received parcel kuih raya from parents in law. Dorang hantar 2 weeks before raya...faham2 ajelah kt Qatar ni, kalau bulan Ramadhan, mmg semua kerja akan jadi slow. Kerja ada discounted hours....everyday kerja half day je. So, mmg lambatlah sampai ke tgn we all...kalau bulan2 biasa, 2 weeks mungkin dh sampai dh...
yg lain2 semua ok kecuali container tart nenas ni pecah sikit...but still boleh mkn lagi... |
Sunday, August 19, 2012
Salam Aidilfitri dari Qatar
Kami sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin" buat semua ahli keluarga & sahabat handai walau di mana anda berada. Walaupun kita berjauhan namun tetap dekat di hati...
Raya 2012:
1. First time we all menyambut Aidilfitri di perantauan.
2. First time juga beraya di rmh sendiri.
3. Masak ikut masakan MIL, menu yg wajib di hari raya pertama (supaya EMB boleh lepaskan rindu masakan ibunya).
4. Bergilir2 jaga dapur dgn EMB masa masak dalca.
nasi tomato |
ayam masak merah |
rendang ayam |
choc cupcakes |
dalca |
RVC |
Sunday, August 12, 2012
Dah Boleh Bukak Kedai Kopi!
Akhirnya we all beli jugak coffee machine! For coffee-lover like EMB, mmg patut la ada satu kt rmh kan...x payahlah nk pergi Starbucks lagi...EMB mendpt sokongan padu drpd I utk beli coffee machine ni, sbb:-
1. everyone can enjoy/using it
2. bertambah lagi kitchen gadget
3. memudahkan kerja membancuh coffee
4. last piece of coffee machine model ni yg we all dpt jumpa
5. price cheaper than amazon
....and last but not least....
6. I TAK PANDAI BANCUH AIR.....(I mmg jarang minum minuman manis, most of the time I consumed plain water. Bila pergi rmh mertua, I selalu gelabah bila kena buat air...selalunya I akan ajak EMB utk tlg rasa. I x reti nk budget teh/kopi byk mana...gula byk mana...haish..that always be my weakness lah...sbb diri sendiri pun x pernah/jarang buat minuman ni...jadi x expert lah nk bancuh!)
Raya nnti jemput dtg rmh ye...nnti I boleh hidang espresso or cappuccino!
ni gambar dia masa pergi merisik |
QR3,624.00 = RM3,101.80 |
cappuccino |
Monday, August 6, 2012
Karipap Sardin & Tart Nyonya
gambar ni xde kena mengena dgn karipap sardin & tart nyonya, sekadar hiasan! |
Buat pertama kalinya I dh pandai mengetart, juga mengelim karipap....walaupun kelim x begitu kemas & cantik sgt, tapi ok lah...asalkan ada rasa & sedap. Kali pertama try buat tart, menjadi....kali kedua try buat x jadi....terpaksa campak masuk cik tong, silap resepi! Then, kali ketiga try buat lagi....refer balik resepi yg first time buat sambil doa & selawat bagai mudah2an jadi & sedap. So, kalau x jadi tu jgn putus asa ye...cuba & cuba lagi...
Sblm I lupa resepinya lebih baik I copy kt sini utk I refer bila2 nk buat semula nnti. Nnti silap resepi mcm kes tart yg x menjadi tu!
Resepi Tart Nenas Nyonya
Source : Dunia dari Dapur Kak Jee
BAHAN2NYA:
(37 BIJI)
300 gms tepung gandum *
4 sudu besar tepung jagung *
3 sudu besar gula ising *
200 gms butter (Kjee guna Anchor - salted)
2 kuning telor
jem nenas (Kjee guna ½ kg jem nenas Bagus)
CARA:
Ayak tepung gandum, tepung jagung dan gula ising ke dalam bekas. Kemudian masukkan butter yang telah dipotong dadu. Kalau guna unsalted butter, masukkan secubit garam.
Ramas tepung dengan butter guna hujung jari hingga berderai (rub-in method). Kemudian masukkan telor dan satukan menjadi doh.
Simpan kira2 dua puluh minit dalam peti ais.
Canai jadi setengah inci dan turap guna acuan atau cutter (lihat gambar). Tapi Kjee tak turap. Leceh. Kjee buat ketul2 besar guli. Agak2 lah. Pastu penyekkan sikit sampai jadi lebih kurang stengah inci. Pastu Kjee ambil cutter, letak atas doh yang dibulatkan tadi. Ambil anaknya dan tekan.
Hah...senang kerja. Kemudian keluarkan doh perlahan2 dan cepit guna penyepit. Jemnya Kjee buat bulat2 dan letak atas doh yang dah cepit tu. Kekadang bagus jugak otak tua ni nak cari jalan senang.
Bakarlah sampai masak iaitu kira2 25 minit. Kepanasannya kira-kira 175 darjah celcius.
Resepi Karipap Sardin
Source: Dunia dari Dapur Kak Jee
Ini inti resipi Kjee
Bahan2
1 tin sardin
1 labu bawang besar
3 biji cili merah
5 biji api
sedikit minyak
2 biji kentang didadu dan rebus hingga empuk
Bawang dan cili ditumbuk halus. Kemudian tumis. Bila dah garing, masukkan sedikit kuah sardin dan masak beberapa minit. Kemudian masukkan ikan sardin yang sudah dibuangnya. Jangan dihancurkan sangat. Kemudian masukkan kentang dan kacau hingga rata. Apabila sudah naik wap, bubuh sedikit garam dan padam api. Sejukkan.
utk pastri:
Bahan2nya
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam (Kjee guna 3/4 cawan air suam)
sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.
1. Doh minyak
300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam (Kjee guna 3/4 cawan air suam)
Campurkan secubit garam ke dalam tepung. Curahkan minyak masak dan gaul mesra tepung dengan hujung jari. Sedikit demi sedikit masukkan air sambil tangan terus menguli sehingga mendapat doh yg tidak melekit di tangan
2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin
2. Doh marjerin
150gm tepung gandum
100gm marjerin
sila tambah sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yg tak melekit di tangan.
**buat karipap ni gara2 tgk mamafami buat karipap, terus terasa nk buat jugak...
karipap sardin |
tart nenas nyonya |
tart yg x menjadi...tunggu masa utk masuk cik tong! |
Subscribe to:
Posts (Atom)