Thursday, March 6, 2014

World Book Day 060314


Monday, March 3, 2014

Meat Pies



dough yg lebih ni masukkan dlm freezer, bila2 nk guna senang






Resepi meat pie kt sini.

Kali ni I ikut resepi Jamie utk buat crust sbb nak rasa yg letak cheese.  But, I lebih suka crust yg tak letak cheese.



Sunday, March 2, 2014

Mexican Bun / Rotiboy

Rotiboy ni adalah satu satu kegemaran my kids (kecuali sophie).  Last weekend, dorang mintak I buat rotiboy.  Well, ini adalah percubaan kali ke-2.  kali pertama buat dulu tak laku the kids tak mkn sgt, roti tak gebu...silap teknik la tu :)

Skrg setelah beberapa kali belajar buat roti, I rasa I dah tahu mcmana teknik nk dptkan roti yg lembut & gebu..hehe...Hareez cakap, "rasa mcm rotiboy mama!".  Kalau dia dah approved tu maknanya ok la tu, dia yg hantu rotiboy ni sebenarnya.  Kat sini ada kedai Paparoti (cawangan Rotiboy), namun I tak pernah beli pun.  Mcmana nak beli kalau sebiji roti berharga QR12.00!!  Kalau sebiji bolehlah gagah2 beli, kalau utk 5 molots ni...lebih baik buat sendiri lah, berbaloi2...




yg comel2 ni utk dorang bawak bekal ke sekolah



Resepi Mexican Bun

Sumber : My Resipi


Bahan-bahan ( 17 biji bun )

  • Filling
  • -200 gm mentega
  • -1/2 teaspoon vanilla essence
  • -70 gm brown sugar
  • Topping
  • -200 gm mentega
  • -160 gm gula icing
  • -3 biji telur grade A- pukul sedikit
  • -1 suduk kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas.
  • -200 gm tepung gandum
  • Doh Roti
  • -500 gm tepung berprotin tinggi- di ayak
  • -2 sudu kecil bread improver+ 2 sudu kecil bread softener ( optional)
  • -20 gm susu tepung
  • -75 gm gula castor
  • -3 sudu kecil dry yeast
  • -1 sudu kecil garam
  • -1 biji telur- dipukul
  • -250 ml air/ susu segar ( Jgn gunakan susu tepung sekiranya menggunakan susu segar).
  • -60 gm mentega

Cara-cara

  1. Filling- Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia untuk digunakan.
  2. Topping- Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan didalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan.
  3. Doh Roti
  4. -Gaul rata tepung, gula dan garam didalam mangkuk.
  5. -Masukkan yeast, bread improver & bread softener ( jika menggunakannya) dan gaul rata lagi.
  6. -Masukkan telur dan air/susu segar.
  7. -Uli adunan sehingga menjadi adunan dan masukkan mentega. Uli lagi sehingga lembut & elastik selama 10-15 minit.
  8. -Bahagikan dough kpd 17 biji bola kecil dan tutup dgn film cling selama 10 min.
  9. -Leperkan dough di atas tapak tgn & letakkan inti/filling. Tutup rapat supaya inti tidak meleleh keluar sewaktu dibakar.
  10. -Susun diatas loyang pembakar yg sudah dilenser dgn mentega/minyak/tepung dan jarakkan dlm 7.5 cm.
  11. -Rehatkan selama 45 min ditempat panas (warm).
  12. -Pipe kan topping diatas bun secara spiral bermula dari top center.
  13. -Bakar didlm oven yg telah dipanaskan pada suhu 170C selama 15 min atau sehingga bun keperangan.

Tuesday, February 25, 2014

Home Grown Strawberries & Garden Update

Dah lama I tak dpt nk enjoy belek2 garden ni lama2.  Bosan dgn gardener tu, bila nampak I sibuk gardening je, nnti dia dtg lah menyibuk juga....hari tu beritahu kt I, tak boleh siram pokok everyday time winter ni.  2-3 hari sekali baru siram.  Pastu I ikut ckp dia selang sehari baru siram, apa jadi? Pokok2 I layu kekuningan.  Haish!  Tak boleh pakai ckp gardener ni.  Tentulah kita lebih faham keadaan pokok yg kita tanam & jaga dgn penuh kasih sayang ni!

Skrg ni, I keluar siram pokok cpt2 malas  nk bg gardener tu nampak.  Tak pasal2 dia dtg pulak...selalu jugak anak2 pokok yg I tabur biji dia cabut habis.  Geram pun ada ni...kalau tak nampak kita keluar buat gardening, takdenya dia nk datang tunjuk rajin.  Sebenarnya, I rasa dia takut bos dia nampak dia tak buat kerja.

Ok lah, dr layan citer gardener tu baik kita layan gambar garden yg tak seberapa ni...











pokok tomato

pokok kesum

daun bawang

daun sup

serai & tebu
















lavender