Wednesday, March 27, 2013

Jazakallah...

cenderahati drpd sahabat2 yg pulang dr Tanah Suci Mekah (umrah) last school holidays - terima kasih atas ingatan hanya Allah saja yg mampu membalasnya


Saturday, March 23, 2013

IKEA, Doha

Baru berpeluang menjengah Ikea hari ni.  We all keluar pagi, sampai Ikea lebih kurang 9.30am.  Parking lot masih byk lagi kosong, org pun x ramai sgt lagi.  Masuk Ikea, first thing to do - hantar 2 org budak ni masuk Smaland.  Senang sikit mak pak dia nk sopink!







Oh....I heart Ikea!  Byk benda yg I nak ada di sini.  Lagipun x jauh dr rumah, lebih kurang 30 min je.  Nak pergi Ikea doblas kali sehari pun boleh...pun boleh...


I pasang sendiri chest of drawers & side table.  EMB should be proud ada bini yg x lembik mcm I  ni taw!  Dahlah x menyusahkan dia, pandai bertukang pulak tu!  - ayat masuk bakul angkat sendiri :P


kt tepi dinding tu, ada dua kotak lagi display glass...yg itu kena tunggu EMB lah pasang .  tunggu dia rajin & ada masa nak buat.  berapa lama mood rajin dia nak mari x tahulah I.  I pun faham, dia penat & I tak akan paksa dia.  xpe, display glass ni I boleh sabar (sbb yg ini dia punya utk display collection model Gundam dia)...hehehe...kena sabar menanti :)



Akhirnyaaaaaaaaaa..........siap!!  Hasil kegigihan & ketekunan I. Jenuh juga lah nk pasang benda ni.  Bukan senang nak pasang, terutama dgn kederat kita seorang wanita.  Biasa ler, I ni jenis x sabar. Nak cepat kena buat sendiri!


chest of drawers

side table

Friday, March 22, 2013

"BBOTOK"

Perkataan ini agak asing bagi I.  Bbotok (sebut slang kelantan - B tu bunyi mcm ada sabdu) ni sejenis makanan tradisional kelantan yg bhn2 asasnya adalah ikan.  I tak tahu pun sebelum ni.  Ia diperkenalkan oleh my friend.  Mungkin I pernah makan sebelum ni tapi tak ingat...mungkin....

So, tengahari tadi my friend hantar sikit bbotok ni utk I rasa.  Alhamdulillah!  Masa tgh goreng bbotok ni, EMB dgn segera turun & masuk dapur....tiba2 dia rasa lapar, bau sedap katanya.  Bila dia rasa bbotok ni, mmg sungguh enak sekali katanya lagi.  Haruslah I mintak resepi from my friend ni kan :)

bbotok sblm digoreng

bbotok selepas digoreng, mcm begedil, tapi rasa x sama

and my dinner tonite - bbotok, fish curry yg datang sekali dgn nasi putih (order home delivery dr club), "curi" salad EMB sikit...perghhhhhhhhh...

Monday, March 11, 2013

A Date to Remember

Happy Birthday to my other half EMB.  The good news is Ikea  opens Doha Store today!  When can we go to Ikea darling?  



For the pre-birthday dinner, I have cooked something special for him...



It's laksa penang!  2 kali dia tambah you....I've been asking him a few days before, "you nak makan asam pedas ke, laksa?",  dia kata dia nak laksa.  So, dgn gigihnya I menyiapkan laksa penang semalam.  

Resepi Laksa Penang

Bahan2:
Ikan (I guna sardin tin)
cili kering
bawang merah
bunga kantan
daun kesum
asam keping
belacan
ulam2an spt timun, daun selom, daun salad
telur 
cili padi 



Cara2
1.ikan selayang direbus bersama asam & garam.

2.lps tu asingkan isi ikan & tulangnya. blender isi ikan masukkan dlm periuk. tulang ikan diblender asing. blender tulang2 tu berulang kali sehingga dah tak blh blend utk dptkan air dr tulang ikan yg manis itu.
3. blend cili kering & bawang merah dan masukkan dlm periuk bersama isi ikan.
4. masukkan daun kesum & bunga kantan dan asam keping setakat yg kita mahu, kalau blh asam tu biar lebih sikit utk mendptkan rasa masam. kalau suka letakkan belacan sedikit.
5. dah mendidihkan masukkan serbuk perasa.
6. kalau utk ulam ila suka letak timun batang yg dicincang, daun selom yg dihiris nipis2, limau kasturi yg dibelah 2, cili api yg dipotong halus, telur rebus & sedikit kubis yg dcincang halus.

Thursday, March 7, 2013

Busy As Bee...

Busy sungguh I skrg ni...setiap hari, setiap minggu full of activities!  Itulah, ada kawan yg tanya I, "tak boring ke duduk rumah?".  I jawab x boring pun sbb I ada byk aktiviti.  Hari Senin je yg I free, yg boleh betul2 duduk rumah.  Hari Ahad & Rabu - English Class, hari Selasa & Khamis - kelas Tafsir & Feqah & every alternate Selasa I ada kelas Tajweed too.  Weekend pulak semestinya hari bersama keluarga, mesti tak lekat kt rmh nak keluar berjalan.  

Dah sebulan lebih I joined English Class...saja je sebenarnya.  Boleh jugak bergaul dgn bangsa lain selain bangsa Melayu kt sini.  Di samping itu, bolehlah I lancarkan percakapan I ni yg selalu tergagap2 bila nk speak English!  Grammar I yg tunggang terbalik ni, boleh lah jugak diperbetulkan walaupun x boleh 100% betul lagi...maklumlah dah 3 series...otak dah karat! 

Pokok pangkalnya, boring atau tidak jadi SAHM terpulang pada diri sendiri.  Bagaimana kita mengisi masa terluang.  I ada juga gardening sikit2 skrg ni...ehem ehem...So, kita x ada masa nk fikir benda yg bukan2.  Isi masa dgn benda2 yg berfaedah...kalau ada hobby boleh teruskan dgn hobby misalnya.  Kalau yg minat bisnes boleh buat bisnes.  Pandai2lah manage masa, kalau diikutkan kerja rumah mmg sampai bila2 pun tak akan selesai kan...

My English teacher...she's from Texas, USA

my friends with the teacher

Monday, March 4, 2013

Malaysian Al Khor Family Day 02/03/2013




bawa bola pingpong dlm sudu


colouring contest


Kredit utk FB Group - Malaysian Al Khor utk gambar2 berikut:-








boling padang




kepit bola



bouncing ball


Rumah Oren / Abu Bakar

Duta Malaysia di Qatar - Yang Terutama Jazri Mohd Johar (baju maroon with hat)