I rasa I mesti tulis jugak pasal ni....I mmg x puashati & sakit hati serta geram ya amat. Alkisahnya ptg semalam hubby nk mkn tomyam kt kedai bwh pokok berhadapan dgn Kopetro Bandar Baru Kerteh. Then, we all bergerak ke sana, sekali tgk kedai tu tutup....lps tu mula x tahu nk mkn kt mana. Last resort, I suggested pegi mkn nasi ayam kt food court M.Mol....but hubby said dia nk mkn pizza. Ok la, I ngikut je...the kids pun dh excited nk mkn pizza bila dgr abah dorang ckp nk pegi pizza.
Lalu, we all pun pegi la kt satu restoran pizza dlm M.Mol tu. Sblm masuk, hati dh terasa lega sbb tgk org x ramai sgt kt dlm tu. Lalu we all pun duduk kt satu meja. Lepas order apa semua, we all pun tunggulah makanan siap. Meja mmg kosong xde apa, sudu, pinggan, tisu ke apa semua xde...
First, waitress tu hantar soup....ok, fine....but still x boleh nk mkn lagi....sudu soup tarak! Lama tunggu, still no action taken...my boy dh x sabar nk hirup sup tu....dia nk hirup kt mangkuk sup tu, I marahlah (bukan nk marah my boy, tapi saja nk tunjuk kt waitress tu yg I dh start bengang dh ni). I mmg x tahan sgt, so, I terpaksa jerit mintak sudu...kesian kt the kids...termangu2 nk hirup soup x boleh.
Second, selepas air & garlic bread dihidangkan, tibalah masanya utk pizza pula dihidangkan...but still jugak x boleh nk mkn lagi pizza tu....kenapa? Pinggan pulak tarak! Meja I mmg dekat dgn kaunter kitchen, I boleh nampak apa yg dorang buat. Pinggan tu I nampak mmg dh ada kt kaunter tu, tapi waitress tu I x tahu apa yg dia tunggu lagi kt situ...xkan dia x nampak kitaorg tgh tunggu pinggan ni!!?? I geram sgt, I terpaksa tunjuk isyarat "mana pinggan?" Barulah terhegeh2 nk hantar, itupun x cukup, 3 aje pinggan walhal set ni utk 4 org, supposed bagilah 4 pinggan.
Third, pizza dh abis kami santap....tapi dlm hati meruap2 nk marah....sedap mcmana pun sesuatu makanan tu tapi kalau mcm ni punya service, I rasa mcm lekat kt tekak je...sedap pun dh x terasa lagi. Kali ini hanya tunggu spaghetti je yg belum hidang lagi....yg PELIKnya, dorang buat apa lama sgt nk siapkan spaghetti tu...org kt dlm tu bukannya ramai sgt....waiter/waitress siap boleh lenggang kangkung lagi jln tu...xde rasa bersalah pun buat pelanggan tertunggu2 lama, atau paling tidak, beritahu kata tgh buat ke, lambat sikit ke, ada masalah apa2 beritahulah....I bukannya kejam sgt...Mmg lama sungguh tunggu spaghetti ni x siap2, pastu I nampak dh ada kt atas kaunter kitchen, dan masih kt situ beberapa lama....the kids pun dh gelisah....bertanya2 kt I, " kenapa lama sgt spaghetti ni....?" Mmg lama betul nunggu nya, barulah dihidangkan. Rasa nk sound je direct, tapi sabar...kontrol...kontrol...
Lastly, I mmg x puashati dgn service diberikan oleh restoran pizza yg terkenal ini...BUKAN semua ye....hanya branch yg kt M.Mol ni je. Branch yg lain2, so far I rasa x pernah lagi terkena service yg teruk mcm ni. I juga amat PELIKSSS kenapa x disediakan secukupnya pinggan, sudu, garfu, tisu spt yg biasa kita masuk restoran pizza, awal2 lagi meja yg mmg sudah tersedia segala kelengkapan tersebut...kenapa kena tunggu pelanggan bising dulu baru nk hantar, itu pun x complete. Adakah ini mmg cara baru restoran pizza ini, utk menjimatkan kos dan sebagainya??
As a conclusion, this will be the last time I makan situ. I had enough time time! SERIKSSS!!! Kalau "Laling" I nk mkn pizza lagi next time, jom kita travel jauh sikit, tapi kita puashati. Yang dekat ada pun buat apa kalau menyakitkan hati mcm ni. Ok, I akan masukkan restoran ini ke dlm blacklisted restaurant. Sebenarnya I mmg ada beberapa restoran yg mmg I dh blacklisted. Kalau sekali kena, selamanya akan ingat. So, awas lah....restoran2 kena pandai jaga hati pelanggan....tambahan pula kt restoran pizza ni,service caj pun kita kena bayar taw! Kalau service charge pun kita kena bayar, I expect service pun kena bagus la! What say you??