Lama I simpan cerita ni, dari awal2 masuk rmh ni dulu lagi. Oleh sbb semakin menjadi-jadi pulak gangguan berlaku, eloklah I berkongsi pengalaman tersebut di sini.
Kejadian 1
Kejadian ni berlaku pada waktu pagi. Kids semua pergi school & EMB dh off to work. I pulak mcm biasa tinggal sorang. Masa ni I tgh "uzur" & mengalami sakit kepala yg amat sangat. I naik atas berbaring & cuba utk rest & sleep. Entah mengapa I rasa mengantuk yg keterlaluan, badan letih & lesu satu macam. Dalam keadaan separa sedar, I nampak kelibat kanak2 masuk bilik. I yakin itu sophie. I tanya dia, "eh, cepatnya balik...mcamana sophie masuk?," dia jawab, "pintu tak kunci...sophie masuklah!". I rasa pelik sgt, kenapa cepat sgt balik padahal baru pukul 8.00am++. Kemudian kanak2 yg mcm sophie tu naik ke atas katil, lalu melompat2 atas katil. I yg berasa terganggu marah dgn perbuatan tersebut...dia terus melompat & melompat lagi...I x rasa ini satu mimpi. Benda ni real....
I dah mula cuak...setelah aksi melompat tadi berhenti dgn sendirinya, I toleh ke belakang. Tiada apa2 pun....tiada sophie. I mengucap panjang, istighfar...nk baca ayat2 suci mmg x boleh dlm keadaan tak suci mcm ni. Tanpa berlengah lagi I terus melompat turun dari katil turun ke bawah. Tak berani lagi nk naik ke atas sehingga the kids balik from school. Until now pun, I still x berani nk lepak2 kt bilik atas kalau I sorang2 kt rmh.
This is the reason why I buang sophie punya clay ni (klik sini). Sebab ustaz kata syaitan suka duduk dekat patung2.
Kejadian 2
Bila I cerita kt EMB pasal kejadian di atas, EMB kata dia pun ada mengalami beberapa kejadian aneh. But saja dia x cerita kt I. Salah satunya, dia nampak kelibat si kakak lengkap beruniform sekolah dlm bilik dia. Haish...I rasa baik I x payah tahu kalau mcm ni. Ni yg buat I lagi serammm...
Kejadian 3
So far, yg paling kerap diganggu adalah Hareez. First time dia kena waktu pagi lepas mandi nk bersiap2 utk ke sekolah. Dia rasa ada sesuatu tarik2 telinga dia. Terus keluar dr bilik dia beritahu EMB.
Second time dia kena, this morning. Masa lepas mandi, dia dgr bunyi drawer. Lepas tu bila toleh tgk2 drawer terbuka dgn sendiri. Pun dia terus keluar dr bilik dia beritahu EMB. EMB masuk sembahyang kt bilik dia.
I dh byk kali pesan kt si kakak, Hareez....sebelum tidur jgn lupa baca doa sblm tidur. Jgn lupa baca Al Fatihah & 3 Qul. Tapi kids ni selalu lupa...nk kena pastikan dorang baca depan kita jugak. Solat jgn tinggal kena rajin mengaji...tu juga selalu I pesan.
Setakat ni we all 3 org yg kena. Si kakak & Sophie I x tahu sbb dorang x cerita apa2 pun kt I setakat ni. Selepas kejadian2 tersebut, I ada dgr ceramah Ust. Kazim pasal makhluk halus ni, katanya amalkan surah Al-Baqarah....baca sampai habis satu surah. Lebih baik lagi kalau dpt khatam satu Quran. Hantu syaitan akan lari bila kita baca Quran.
Clay Hareez pun I terpaksa buang, sbb setiap kali I tgk clay ni...I rasa takut!
![]() |
| I suruh Hareez bergambar kenangan sebelum buang |

