Showing posts with label EMB. Show all posts
Showing posts with label EMB. Show all posts

Sunday, May 11, 2014

Sophie 7 - 080514

Kejap je dah 7 tujuh tahun...kalau kt M'sia ni dah darjah 1, kat sini dia dah year 2.  Badan still kecik, risau pulak mcmanalah nk balik school kt M'sia...kesian anak I nnti kena angkut school bag yg berat T_T






EMB pulak, makin slim dah sekarang .  Nampak tak perbezaan dulu & skrg?  Gambar yg kt atas tu gambar latest.  Kalau tak nampak beza meh tgk gambar2 kt bawah ni...

2011
2012
2013
Sape nak tips kurangkan berat badan secara sihat bolehlah tanya EMB.  Dia tak mengamalkan diet melampau sampai tak makan.  Makan mcm biasa cuma kurangkan kuantiti dgn mengira calories in calories out.  Dia juga exercise, ada program exercise yg dia ikut.  Dia berjaya turunkan berat dia dari 125kg to 87kg now.  Sedih pulak I tgk dia kurus mcm tu...

Tuesday, March 11, 2014

Birthday Bread vs Birthday Cake

Hari ni birthday EMB.  I dari pagi lagi dah mula projek kek & roti ni...hehe..I buat roti oat utk EMB, sbb dia tgh control & jaga pemakanan dia kan...so, I rasa cake will spoil his diet la :P



The Birthday Bread (Light Oat Bread)

Light Oat Bread Recipe

Source:  allrecipes

Ingredients:

1 1/4 cup water
2 tablespoons margarine
1 teaspoon salt
3 cups all purpose flour
1/2 cup rolled oats
2 tablespoons brown sugar
1 1/2 teaspoons active dry yeast

I buat no-bake oreo cheesecake for the kids, sbb kids kalau birthday2 ni x sah kalau xde cake.  Hiaskan dgn homegrown strawberries yg kebetulan ada beberapa biji masak ranum hari ni.  





Resepi ni I dapat from k Diana Melley Mey (Sky Blue Kitchen)
No bake oreo cheesecake
Bahan-Bahan 500 gm cream cheese _ pada suhu bilik 1 cawan Non-dairy whipping cream 1/4 cawan susu pekat atau secukup rasa mengikut citarasa masing-masing 1 tsp esen vanilla Biskut oreo secukup kegunaan ( perisa ~ oreo with vanilla cream ) _ asingkan cream dari biskutnya & asingkan 28 keping cream untuk kegunaan nanti Biskut oreo double delight ( peanut butter n choc cream ) secukup kegunaan _ dicincang kasar
Cara-Cara Kisar biskut oreo yang telah diasingkan dari creamnya dengan menggunakan food processor. Ketepikan. Pukul cream cheese hingga lembut. Kemudian masukkan 28 keping cream oreo perisa vanilla dan pukul hingga sebati. Masukkan susu pekat dan pukul lagi hingga lembut berkrim. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati. Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental. Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan. Masukkan sedikit biskut oreo kisar ke dalam bekas yang digunakan. Kemudian picitkan adunan krim keju di atasnya. Lapis lagi dengan sedikit biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang ( peanut butter n choc cream ). Picitkan lagi adunan krim keju di atasnya. Lapis lagi dengan biskut oreo kisar dan taburkan sedikit biskut oreo cincang di atasnya. Letakkan sebiji biskut oreo ( peanut butter n choc cream ) di atasnya. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.

Monday, November 11, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Musim Berangin

Sekarang ni kerap berangin, pasir & habuk pun akan berterbangan.  Cuaca yg amat tidak bagus utk berada di luar rmh.  Tapi I kena keluar jugak kejap nk hantar kids pergi school & siram pokok!  Sudahnya I yg sensitip ni kena sakit tekak & mata merah.  Malas pulak nk pergi Medical Centre, rawat secara alami sajalah.  Ikut pemakanan sunnah!  I just amik honey & black seeds oil.  Masa kena sakit mata tu, I telan anti-histamine sblm tidur sbb ubat tu akan buat kita jadi ngantuk.  Skrg merah mata pun dah hilang, tinggal sakit tekak je yg belum betul2 baik lagi.  

I amik  1 tsp honey bancuh dgn warm water before meal & 1 tsp black seeds oil setiap hari after meal everyday.  Honey Asala wild flower ni rasanya sungguh sedap!
EMB pulak nak exam esok.  Wish him luck k!  Actually dia dah kena sit for that exam last Dec.  But at that time, we all balik Malaysia for holiday.    Exam tu hanya boleh ambik sekali je dlm masa 6 months.  Dia ada ckp kt I, org yg dah ambik exam tu tahun lepas ada beberapa org yg tak lepas.  Soklan mmg xde jawapan kt buku mana2 pun.  Ia berdasarkan experience masing2, kalau tak pernah buat mmg susahlah nk jawab soklan.

Monday, March 11, 2013

A Date to Remember

Happy Birthday to my other half EMB.  The good news is Ikea  opens Doha Store today!  When can we go to Ikea darling?  



For the pre-birthday dinner, I have cooked something special for him...



It's laksa penang!  2 kali dia tambah you....I've been asking him a few days before, "you nak makan asam pedas ke, laksa?",  dia kata dia nak laksa.  So, dgn gigihnya I menyiapkan laksa penang semalam.  

Resepi Laksa Penang

Bahan2:
Ikan (I guna sardin tin)
cili kering
bawang merah
bunga kantan
daun kesum
asam keping
belacan
ulam2an spt timun, daun selom, daun salad
telur 
cili padi 



Cara2
1.ikan selayang direbus bersama asam & garam.

2.lps tu asingkan isi ikan & tulangnya. blender isi ikan masukkan dlm periuk. tulang ikan diblender asing. blender tulang2 tu berulang kali sehingga dah tak blh blend utk dptkan air dr tulang ikan yg manis itu.
3. blend cili kering & bawang merah dan masukkan dlm periuk bersama isi ikan.
4. masukkan daun kesum & bunga kantan dan asam keping setakat yg kita mahu, kalau blh asam tu biar lebih sikit utk mendptkan rasa masam. kalau suka letakkan belacan sedikit.
5. dah mendidihkan masukkan serbuk perasa.
6. kalau utk ulam ila suka letak timun batang yg dicincang, daun selom yg dihiris nipis2, limau kasturi yg dibelah 2, cili api yg dipotong halus, telur rebus & sedikit kubis yg dcincang halus.

Monday, February 18, 2013

He Has Arrived Safely Home!

EMB dah balik last night, bearing gifts & goodies for us!  The kids mmg x sabar2 lagi nk tgk apa yg EMB belikan utk dorang.  

perfumes

bila dapat apa yg I pesan, terus hilang rasa penat, tension, stress  menjaga the kids sorang2  selama 7 hari 7 malam!

leather cleaner just USD$10.00 / bottle

chocs (M&M's besar tu I punya, order khas...)

Hot Pockets


Salvatore Ferragamo gift set yg dpt free sbb naik business class


t-shirt sorang satu, kecuali si kakak.  EMB belikan dia toothbrush yg guna bateri tu

buku favourite my kids, EMB beli 3 - sorang satu

Gambar2 Texas boleh tgk kt bawah ye....

Tuesday, February 12, 2013

Skype With Their Dad

Sophie dah sibuk tanya I bila nak call abah.  She misses her dad already.  I kata nntilah dulu, bukanlah boleh simply call him.  Beza waktu 15 jam taw!  Kebetulan hari ni school holiday satu hari sempena Qatar Sports Day.  So, suruh kids bangun awal...solat subuh then terus skype.  But then apak dorang pulak dah tido...dialling a few times jugak lah baru dijawabnya.  Itupun x larat nk layan the kids, too tired kot...Sophie pulak bila disuruh cakap terus zip her mouth tightly!  `



...and he did sent some photos for me...

uwaaaaa...bring home some Hot Pockets please...


Sunday, November 11, 2012

12th (Silk) Anniversary - 11 11 12

12 tahun sudahhhh....sorry lah yunk I ketandusan idea utk write sweet words for you.  But I have something for you here....
                                                      *
                                                      *
                                                      *
                                                      *
                                                      *
                                                      *
                                                      *
                                                      *

because you minat sgt LOTR, I dedicate Arwen's quote just for you!  muahaha...

while we're still young (but with 3 kids already at that time!)

Saturday, May 12, 2012

Galaxy Note



Last week I ada informed EMB pasal I nampak ramai org guna handphone Samsung Galaxy Note ni.  I nampak mcm best je *hint*, screen besar...tapi ringan....Lagipun my iPhone dah nk sambut birthday dia yg ke-3 tahun ni.  I dah mula rasa dia "slow" bila nk surf the net.  Kadang2 butang 'HOME" pun terpaksa click byk kali baru dia ok...pastu asyik off sendiri then, dia restart sendiri....*hint*

My iPhone ni mmg lasak jugak penggunaannya, selalu Sophie yg dok main dgn iPhone ni.  Kadang2 jatuh...gerammm!  kalau x diberi menangis & merajuk pulak.  Hai...susahnya lah...I rasa kalau I sorang je yg guna, mesti boleh bertahan sekurang2nya 2 tahun lagi.  

I biasanya akan tukar handphone bila condition nya sgt2 teruk.  I ingat lagi, masa kerja dulu....I selalunya akan dpt secondhand EMB punya handphone la kalau dia beli baru.  So, zaman tu bila org lain dh mula pakai handphone yg kecik2, I still lagi dgn handphone model lama.  Antenna handphone pun dh tercabut.  Member2 ofis boleh siap gelakkan handphone I lagik!  xpe lah...I x kisah semua tu...selagi I boleh guna I akan guna....Until one fine day, EMB offer nk belikan I handphone baru.  I mulanya mcm xnak lah....sbb I kata yg ni pun boleh guna lagi.  EMB ni pelik sikit orgnya.  Dia hanya akan offer sekali je.  Kalau I mcm nak x nak, dia x akan offer lagi.  Jadi I kena kata NAK cepat2..hahaha...Lagi satu, EMB ni kalau dia nk bagi apa2 kt I, dia x akan tunggu hari2 tertentu  mcm b'day ke...anniversary ke...kalau dia rasa nk bagi at any time dia boleh bagi.  Style dia dh mmg mcm tu, I terima ajelah...

Sambung semula cerita Galaxy Note ni, EMB kata kalau I suka, beli lah guna duit sendiri.  I beritahu dia kalau beli duit sendiri lambat lagi lah.....kecuali kalau dia sponsor, half pun xpe.  Sbb skrg ni I tgh menabung utk beli handbag idaman....kalau beli handphone, maka nya, lambat lagi lah I dpt beli handbag tu.

Dengan tidak semena-mena, EMB pun mcm berminat jugak dgn handphone Galaxy Note ni.  After our discussion on that day, 2 hari 2 malam dia study pasal Galaxy Note.  Mmg mcm tu lah dia setiap kali nk beli gadget baru.  Dia akan study betul2 sampai puashati baru dia akan beli....termasuk compare kan harga di Qatar & di M'sia...

Hari ni, EMB ajak I keluar....katanya nk menengok handphone tu.  Dia pun ada cakap yg iPhone dia pun sama problem dgn I.  Bila dah tgk2...belek2....survey 2-3 kedai, last2 masuk Carrefour ada kaunter jual handphone kt dlm tu.  EMB dh decided nk beli.....mula tu I ingat nk beli satu je utk dia.  I x pe lah dulu...walaupun problem tapi my iPhone masih boleh guna lagi...x ler teruk sgt.  Tiba2 dia mintak dgn salesperson "two pls..."  I pun terkejut la....kenapa beli dua...EMB pun sengih....utk I la satu.  Dia kata I hanya perlu bayar QR1,000 je kt dia...selebihnya dia sponsor.  Harga satu Galaxy Note QR2,229 (harga dinyatakan di sini supaya my blog readers yg berminat utk membeli Galaxy Note boleh membandingkan harga ye...)....bermakna EMB sponsor QR1,229 la utk I....yeahooooooo.....dan ini juga bermakna my purse akan kurus sebanyak QR1,000 bulan ni :((

EMB ni saja je taw....suka sgt menyakat I...suka sgt tgk I xde mood...mula tu kata kalau nak, beli duit sendiri.  Sebenarnya dia mmg nk sponsor tapi saja dia nk menyakat!  Last2 dia sponsor jugak lebih dr separuh harga handphone tu.....syukur Alhamdulillah.  Sebenarnya we all dua org ni mmg GG (Gila Gadget).  Dulu2 I x reti sgt pasal benda ni semua.  Dh EMB minat, maka dgn I sekali dh berjangkit minat ni.  Kalau nk tahu, EMB ni mmg x reti nk bagi I present mcm handbag ke...kasut ke...apa ke....baju, jauh sekali.  Presents semua berupa gadget....dia mmg pandai lah pilih kalau jenis gadget ni.  hehehe...




my iPhone 3gs & my new Samsung Galaxy Note

sebesar tapak tangan EMB, boleh bayangkan besar mana kan...


ada stylus pen utk tulis notes

flip cover percuma jika beli di Carrefour Vilaggio.  Harga pun lebih murah di Carrefour berbanding dgn kedai lain yg we all survey

Sunday, March 11, 2012

Sunday, February 26, 2012

Apple

From iPhone to the iPad and now iMac, he had it all!!!   He really loves Apple.  What to say, redha ajelah.  I pun bolehlah tumpang dua kaki nnti.  Komputer mmg mahal kt Qatar ni.  Harga iMac lebih mahal dlm 1k++  dari Malaysia.


iMac 27"

keyboard pun tulis arab....

iMac Magic Mouse - Touch Mouse

***EMB said, "This is my birthday present, I bought it earlier".  (sendiri punya b'day sendiri kasi hadiah....hahahaha...)