Saturday, May 18, 2013

Resepi Yee Mee Sizzling

Resepi yg I ambil dr Fanpage 5 Rencah 5 Rasa.  Alhamdulillah jadi...mcm mkn kt kedai!  Cuma hotplate je yg xde...I guna mee siput instead of yee mee ;)




Resepi Yee Mee Sizzling

Bahan-bahannya: (Untuk 3 orang)


3 gulung yee mee

5 ulas bawang putih - dicincang halus
1/2 inci halia - dicincang halus
Ayam - dipotong kecil
6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut dan dipotong 4
4 biji cili kering - dipotong-potong
4 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap cair
3 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu teh minyak bijan
2 sudu makan tepung jagung + secawan air
Minyak untuk menumis
4 cawan air


Cara-caranya:

1.Tumis bawang putih, cili kering dan halia hingga wangi.
2.Masukkan ayam, goreng sebentar hingga ayam agak masak dan empuk.
3.Masukkan 4 cawan air. (Kalau nak kuah banyak, boleh tambah air).
4.Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan mendidih dan ayam masak.
5.Masukkan cendawan. Biarkan 2 - 3 minit.
6.Masukkan air tepung jagung. Gaul rata dan kuah akan pekat.
7.Masukkan minyak bijan, gaul rata. Tutup api.
8.Bila dah nak dihidangkan, masukkan 2 senduk kuah ke dalam kuali kecil.
Masukkan 1 gulung yee mee, sayur sawi dan pecahkan sebiji telur. Jika perlu, tambahkan lagi kuah. Biarkan mee lembut dan telur separuh masak.
Tutup api dan angkat mee.

4 comments:

  1. mak aiii...sedap!!! boleh try la .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Whitecappuccino: kalau ada hotplate tu lagi sedap kan! Try la bhn2nya x susah

      Delete
  2. nampak simple jer bahan2nya ..inshaallah boleh try nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ummuaidan: bhn2nya simple je, pastikan cendawan shitake tu ada tau! kalau cendawan tu xde, rasa dia kurang kick!

      Delete