Wednesday, June 26, 2013
Friday, June 21, 2013
Keputusan GA WWFE
Ok, seperti yg dijanjikan keputusan GA I akan umumkan di dalam N3 ini. Terima kasih kepada semua yg mengambil bahagian dlm GA kali ini. Pemenang akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu pemenang hadiah utama (Maltesers) & pemenang hadiah saguhati (sorry tak beritahu awal2 ada hadiah saguhati....).
So, pemenang2 kategori hadiah saguhati akan dapat sekotak teh Red Label Brooke Bond, yg sgt best bila buat teh tarik. Ni gara2 I minum teh (kt sini teh dipanggil "chai" or cay) kt Restoran Beirut, sedap pulak teh dia tu...dia guna teh Red Label ni la. Pernah bawa balik bagi kt ayah teh ni, ternyata ayah I pun suka! So, I bagi you all rasa pulak...
So, pemenang2 kategori hadiah saguhati akan dapat sekotak teh Red Label Brooke Bond, yg sgt best bila buat teh tarik. Ni gara2 I minum teh (kt sini teh dipanggil "chai" or cay) kt Restoran Beirut, sedap pulak teh dia tu...dia guna teh Red Label ni la. Pernah bawa balik bagi kt ayah teh ni, ternyata ayah I pun suka! So, I bagi you all rasa pulak...
Drumroll......
Pemenang2 bagi kategori hadiah utama yg akan menerima sekotak Maltesers setiap seorang jatuh kepada...........
1. Chitty Boy & Me
2. JaSSNaNi
(2 pengomen terawal yg dpt kira dgn tepat)
Pemenang2 bagi kategori hadiah saguhati yg akan menerima sekotak teh Red Label setiap seorang jatuh kepada..........
1. Mulan
2. EviL WiTcH
3. kak Jana
4. dapurCikWan
So, semua yg komen tu kira dptlah ye...Mohon sgt2 agar you all dpt email alamat masing2 ke email ini: chokechik@gmail.com or boleh hantar message ke my FB, utk urusan penghantaran nnti. Sekiranya I tidak menerima apa2 email drpd you all sehingga 03/07/13, secara automatik hadiah ini akan terbatal. Hehehe...mcm ke apa pulak I ni kan!?
![]() |
| I minum dulu ye...Bismillahirrahmanirrahim... |
Tuesday, June 18, 2013
GA: WWFE dah 3 tahun! Jom kira Maltesers...
Alamak...lupa sungguh2 anniversary blog kesayangan I ni. Sepatutnya I kena buat N3 anniversary 06 June, tgk dah berapa minggu dah terlepas!!! Sibuk dgn mcm2 benda, byk benda yg nk kena fikir & nk kena uruskan...mcm ni lah jadi nya, terlepas pandang.
Ok lah, mcm biasa I akan buat giveaway utk readers blog ni. Tak kiralah yg follow ke, yg tak follow ke, yg senyap je ke...terbuka utk semua k...
2 orang pertama yg dpt kira berapa byk Maltesers dlm gambar dgn tepat akan dpt sekotak Maltesers seorang. Sape nak Maltesers jom kira skrg!!
**Pemenang akan diumumkan sehingga next N3 ye ;)
Thursday, June 13, 2013
Tefal ActiFry 2 in 1
Dah seminggu dah guna Actifry. Mmg best sgt2...boleh jimat minyak & makanan pun jadi kurang berminyak. Bagus utk kesihatan juga. Rasa makanan yg digoreng dlm Actifry ni, sama mcm makanan yg kita goreng biasa.
EMB mmg tak sediakan maid utk I, tapi dia byk belikan gadget2 dapur yg memudahkan kerja I (thanks to you!) hahaha...nnti I nak robot vacuum pulak ye laling...
Esok nak pergi beli Actifry lagi, ada kawan pesan. Limit 2 kotak Actifry je bawa balik M'sia nnti. Hopefully, masih ada stock lagi lah model 2 in 1 ni.
Monday, June 10, 2013
Thursday, June 6, 2013
Apam Balik
Apam balik I jadi lempeng sudahnya! Semua ni salah soda bicarbonate yg dah expired, so, bila kita nak guna dah tak boleh dah...tapi itu semua tak menjejaskan rasa lempeng balik I ni. Sedap! Lempeng pun lempeng lah...
Resepi Apam Balik
Sumber: Azie Kitchen
Apam Balik
Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.
Resepi Apam Balik
Sumber: Azie Kitchen
Apam Balik
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
½ cawan gula
1 sudu teh soda bicarbonate
1 sudu teh baking powder
Sedikit pewarna kuning
1 biji telur
1½ cawan air
Sedikit mentega/planta untuk mengoles
Bahan tabur:
Kacang tanah - goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar.
Jagung manis dalam tin
Gula halus
Marjerin
Cara-cara
Cara-cara
Gunakan mixer, pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan soda bicarbonate, air dan pewarna kuning.
Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Pukul lagi sehingga sebati dan masukkan tepung gandum. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
Oleskan mentega/margerin di permukaan kuali (sebaiknya gunakan kuali tak melekat (non stick pan) dan tuangkan 1 senduk (nipis) atau 2 senduk (tebal) dan ratakan.
Biarkan seketika dan sementara masak, taburkan kacang, jagung, gula dan majerin.
Sunday, June 2, 2013
Mee Kari
![]() |
| mee yg digunakan adalah mee lidi |
![]() |
| yg ini menggunakan mee cintan (bukan megi kari dlm paket tu tau!) |
Resepi Mee Kari
(Sumber: Chef Hanieliza)
Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng
Bahan Hiris/potong kecil
Tahu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis
Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam
Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
























