Assalamualaikum. Dah lama I tak blogging. Kali ni rasa nk share story sepanjang I menyepikan diri dari alam maya ini. But kali ni xde gambar ye. I just nk share story je!
Sekitar Disember, 2014 di Qatar
Time ni mmg byk sale di Qatar. Everytime lalu dpn kedai baby, Mothercare terutamanya I akan masuk. Belek2 baju baby...accesories...kasut...semua cute2, cantik2. Nk beli tapi utk siapa? Anak2 semua bukan baby lagi. Pernah I ckp dgn EMB, best kan kalau ada baby lagi. Miss nya nk pregnant lagi, nk rasa baby gerak2 dlm perut.
Penghujung Januari, 2015
We all busy membuat persiapan utk menunaikan umrah buat kali pertama dgn menaiki bas. I terpaksa telan pil tahan period Primolut krn kebetulan hari berangkat itulah sepatutnya I akan period. I mmg jenis period yg mmg teratur setiap bulan, so mmg boleh agak bila next period. Alhamdulillah semua berjalan lancar, terdetik di hati lagi masa kt Mekah bestnya kalau ada lagi baby....anak2 blh duduk dlm bas berpasangan adik beradik.
Februari, 2015
I dah berhenti mkn Primolut, but period still x dtg. Badan dah mula lain mcm. Seram sejuk sepanjang masa, demam, sakit kepala dan sebagainya. Kesihatan amat teruk. Hanya bertahan dgn paracetamol. Agak lama juga berkeadaan begitu, lebih kurang seminggu lebih juga. I mula kencing kerap. I mengesyaki sesuatu. I buat UPT kt rmh, POSITVE. Antara happy & risau....kepala I dah mula bercelaru. Risau takut mudarat kt baby, I dah mkn pil hormon!!!! Masa tu mmg tak tahu I was already conceived. Ye lah, blm sampai next period pun lagi. Bermulalah episod berulang alik ke community clinic setiap 2 minggu sekali. Doktor nk pantau betul2 sbb I mkn pil tu.
Mac, 2015 & seterusnya
Setelah beberapa minggu pregnant Doktor dpt kesan nuchal translucency agak tebal kt baby. Ini menambahkan lagi stress & kegundahan hati ini. Kebiasaannya ada 3 kemungkinan jadi kt baby:
1. Down syndrome
2. masalah jantung
3. baby normal
Doktor refer pada Hamad Hospital in Doha utk further tests. But I tak pergi pun, I hanya pergi buat scanning kt Hamad Al khor ni aje, masa tgh scan2 tu mmg muka tukang scan tu nampak risau. I yg punya badan ni lagi lah risau. I hanya mampu berdoa & berserah kpd Allah semoga semua ini tak berlaku. I ckp kt EMB, apa2 pun kita redha & terima. Masa tu, mmg I rasa down sgt2. I jarang keluar rmh, class pun I tak pergi, aktiviti dgn KAFA pun I terpaksa cuti. Rasa xnak jumpa orang masa tu. Nk duduk sorg2, tenangkan fikiran, baca Quran & berdoa semoga Allah tlg, semoga baby sihat & xde apa2 yg memudaratkan dia. Air zamzam sebotol 10 liter tu, I minum sampai habis sambil niat baik2 utk baby, juga kurma Ajwa yg dibeli di Madinah juga I mkn sampai habis, niat yg baik2 juga utk baby.
Mei, 2015
Sekali lagi I kena refer ke Hamad Hospital Al Khor utk buat details scanning. Alhamdulillah, no abnormalities was found. Lega sikit hati I ni. Masa ni, dah busy nk packing brg utk balik Malaysia for good.
Jun, 2015
Balik Malaysia. Busy lagi menguruskan hal rumah sewa, brg2 dr rmh lama, sekolah anak2 & mcm2 lagi. Mmg penat sgt, perut pun makin besar.
Julai, 2015
2 minggu sblm raya, kontena we all selamat tiba. Bayangkan dlm keadaan I sarat pregnant nk uruskan brg2 yg penuh satu rmh. Rasa penat sgt2 kemas rmh. Menjelang hari raya pun, still x habis kemas. Travelling balik raya, sesuatu yg amat menyakitkan. Berjam2 dlm kereta, buat kaki I membengkak, belakang & bontot jadi sakit. Sabar, demi kedua org tua we all.
Ogos, 2015 & seterusnya
Mmg I tak keluar pun dr Kuantan. I dah tak larat nk jln jauh. Shopping groceries pun I tak daya nk berdiri lama. Hanya tunggu masa nk deliver baby je.
Oktober, 2015
Due semakin dekat, tanda2 nk bersalin masih blm ada. Selasa, 06/10/10 keluar show dr pagi. I suruh EMB pergi je kerja sbb I rasa mcm ok lagi. Contraction pun xde, hanya sakit sikit2 gitu je. Tunggu sampai mlm keluar lagi show. I rasa x nk tunggu dah ni walaupun xde rasa sakit contraction. Sakit main2 gitu je. We all terus kemas2, pergi hospital. Anak2 semua we all bawa ke hospital. Nurse yg monitor I tu cakap jln dah bukak 4 cm. But still, xde strong contraction. I pun mcm relax je sbb tak sakit kan. EMB balik hantar anak2 balik rmh, dia dtg semula temankan I tidur kt hospital.
Rabu, 07/10/10 masih 4 cm & xde rasa sakit. Sometimes je rasa contraction....sakit main2 je. lebih kurang pukul 11.00am mcm tu, I masuk LR. Masuk drip baru rasa contraction makin kuat. Pukul 12.55pm I bersalin. Maka, lahirlah putera yg dinanti! Bersalin kali tak went smoothly mcm sblm ni. I ada byk complications! Bermula dgn uri lekat, doc terpaksa seluk dgn tgn utk keluarkan uri. Kali ni, I xde luka episiotomy - alhamdulillah....x sakit nk duduk...actually doc ckp tak payah jahit pun sbb luka sikit aje. Tapi dia jahit juga belah dlm tu pun sikit. Selesai kt LR I dah blh masuk bilik. I request nk BF baby exclusively. So, bila baby lapar dorg akan hantar kt I utk BF. Sepanjang hari tu, sampai petang I hold my baby without rest. Cuba bg BF walaupun susu keluar setitik dua shj. Baby pula merengek2 & menangis. I sorang masa tu, EMB balik rmh ambik anak2 yg lain. Ptg tu, baru EMB dtg semula. Dekat maghrib, I pindah masuk bilik single. Baru selesa sikit. I jln kaki dr bilik sharing ke bilik single. Dekat je pun, bertentang je kedudukannya. Perut I rasa rengat, rasa ada benda lagi yg tak lepas. Rasa mcm contraction nk bersalin.
Malam tu, I dgn baby & anak2 kt atas katil, terasa byk darah keluar. I bg baby kt EMB, I nk tukar pad. duduk je kt toilet bowl, berketul2 darah keluar. Pad yg ditukar pun tak mampu nk tampung darah yg terlalu byk. Mcm air laju darah keluar. I mula rasa sesak nafas, nk collapse. Terus I keluar dr toilet dgn darah kt lantai toilet & membasahi kain yg dipakai. I duduk bertenggek kt tepi katil tekan button panggil nurse. Hati dah mula rasa tak sedap. Nurse dtg & dorg tlg I bersihkan darah semua. Darah masih keluar byk. Doc diberitahu, sementara tu suntikan diberikan utk hentikan pendarahan. Sebaik shj doc sampai, terus doc buat MRP utk keluarkan selaput uri yg tertinggal. I dipantau setiap masa - blood pressure, tukar pad & tgk berapa byk darah keluar. Mmg rasa takut sgt, di sebelah tangan kanan dicucuk lagi tempat utk drip. Standby katanya, takut apa2 jadi. Esok doc nk scan perut utk tgk samada ada lagi tak uri yg tertinggal.
And the next day, I tak boleh bangun. Nk angkat punggung pun I berdaya. Benar2 rasa paralyze. Sakit sgt & badan rasa berat sgt. Doc dtg buat scanning kt perut, alhamdulillah dah xde. Kalau ada lagi & pendarahan tak terkawal mmg kena cuci. Ada org kena buang rahim sbb pendarahan tak berhenti. I pula, alhamdulillah pendarahan terkawal. Blood pressure pun ok. Tapi, skrg ni masalah I tak boleh nk bangun....hanya terlentang shj kt katil. Doc pasangkan urine bag. Sementara tu, I kena refer dgn orthopedic. I kena buat x ray. So, dlm keadaan terlentang tak boleh bangun, I ditolak dgn katil ke bilik x ray. Disebabkan I tak mampu nk bangun, mmg bersusah payah nurse & kakitangan x ray nk angkat I masa nk x ray. Sakitnya Allah saja yg tahu.
Selesai x ray, Doc ortho dtg buat test kt kaki tekan sana tekan sini...kaki mmg I boleh rasa cuma I tak boleh nk angkat bontot, rasa berat! tgk pada filem xray tulang pelvis semua nampak ok cuma ada tulang yg renggang. Rawatan diberikan cuma physiotherapy yg dtg ke bilik.
Setelah 2 hari terbaring x blh bangun, I gagahkan juga diri ni utk cuba bangun. Sakit jgn ckp lah setiap kali nk bangun. Akhirnya I berjaya bangun. Cuba ke toilet dgn bantuan EMB dr katil ke toilet bowl took me 15 minutes utk sampai. Setiap langkah penuh kesakitan. Kaki terasa berat utk melangkah. Ya Allah, dugaan apakah ini. Sakit sesakit sakitnya....lebih sakit dr sakit bersalin. Sakit bersalin sekejap je, baby keluar hilanglah sakit tu.
Hari ke 5, I dah discharged dr hospital. Tak larat dah duduk hospital lama2. Oh ya, satu lagi masalah. pergelangan tgn I mula membengkak. Berdenyut2...mcm2 dah buat rasa mcm terseliuh. Nk pegang baby pun seksa, belum masuk nk bangun dr tidur dlm keadaan tgn membengkak mcm tu.
Urut pun tak hilang sakit. Makin lama makin teruk sehingga I rasa mcm nk demam. Kt tempat bengkak tu terasa panas & nampak kemerahan. Ajak EMB ke klinik. Doc ckp tgn kena infection dr jarum drip hari tu. Dia bg antibiotik & ubat demam. Kalau ubat dia ni tak berkesan, doc suruh dtg semula nnti dia refer ke hospital utk antibiotik yg lebih power.
Then, bermula episod kuning baby. Ntah mcmana, masa I kt hospital tu misi Klinik Kesihatan (KK) called tanya dah balik rmh ke tak. We all blm pun pergi daftar kt KK sblm tu. Bila balik rmh, terus misi dtg buat lawatan. Setiap hari dtg check, sehingga baby dah nampak tanda2 kuning. Pergi KK check bacaan kuning, agak tinggi & kena masuk hospital utk phototherapy. We all kena tinggal baby kt hospital, tak dibenarkan menunggu. Semalaman tanpa baby di sisi. Rindunyaaaa....
Ptg tu, hospital called baby dah boleh discharged. Esoknya, misi dtg lagi....dia tanya berapa bacaan kuning masa discharge. I pun tunjuk lah report hospital. Oh, dia kata masih tinggi lagi ni....esok pergi KK utk check semula. Aduh....dgn keadaan I yg masih blm berjln...dgn EMB nya dah start kerja...mana mungkin nk pergi KK ni....Mmg stress sgt masa tu.
Ni cerita pasal bidan pulak. Bidan ni bagus urut lembut je. Orgnya pun lembut juga. Dah berumur. Dia dtg mandikan beberapa hari, kemudian dia pakaikan bengkung. Masa pakai bengkung tu yg lilit2 tu, mmg badan rasa sedap. Tapi setiap kali lepas pakai bengkung I rasa sakit dlm pelvis makin teruk, sehingga I tak boleh nk berdiri. Bila dah dua kali kena mcm tu, kali ketiga, bila bidan balik I terus bukak bengkung. Mmg terasa lega sikit. Tapi masalahnya skrg ni setiap kali I bergerak mesti rasa sakit dlm pelvis....rasa berkisar, berketak2, berat, & berbunyi keletup. mcm ada allignment yg lari. Yang paling I tak seronoknya, bidan ni tanya tak jumpa ustaz ke...mana tahu takut ada org dengki sbb I tak boleh jln ni. Dan lagi dia ada tanya suami bayar zakat ke tak...(hadoiiii....EMB ni jenis disiplin orgnya, every year dia mmg bayar zakat)....tak seronok la mcm ni...lepas ni bidan tu suruh I bagi sedekah kt anak yatim....baik apa pun, sedekah tu rahsia la kan. sungguh benda2 mcm ni buat I tak selesa. I cuba berfikiran sepositif mungkin. I rasa marah bila kita sakit, dikaitkan dgn org dengki. Islam tak ajar kita buruk sangka. Sakit ni Allah bagi sbb Allah sayang kita, I cuba berbaik sangka sehabis boleh. Lega lps habis rawatan dgn mak bidan, tak perlu nk dgr benda2 yg tak seronok lagi.
Setelah 2 minggu bersalin, I masih blm blh berjln...kalau berjalan pun dgn bantuan tongkat itupun limited sampai toilet & dapur je. Setiap langkah mmg penuh kesakitan. Again, ajak EMB ke klinik amik refer letter utk ke hospital. I dah tak blh tahan dah...mcmana pun I nk tahu apa punca sakit I ni. Terus ke hospital, doc suruh buat MRI. Selesai MRI, terus jumpa Doc ortho. Ikut filem MRI tu, doc nampak ada tulang renggang (symphisis pubis), tapi xpe tulang tu akan baik sendiri. Mengikut cakap doc, mungkin tulang renggang tu tertolak ke belakang dan himpit sacroiliac join (SI joint) tu sbb I nk jln rasa sakit mencucuk dari bontot sampai ke kaki. Tulang belakang I pula masih ok, xde slip disc. So, doc hanya bagi pain killer & koyok pastu I kena buat physiotherapy 6 kali. Slps 2 minggu kena jumpa doc semula.
Kisahnya pula, mak I pula jatuh sakit. Sakit dr bahu ke lengan. Sakit teramat sakit sampai I blh nampak keluar airmata mak menahan kesakitan. Kakak & abang I dah bawa ke klinik namun, sakit masih blm reda & xde tanda2 reda. Ada satu doc tu, refer mak ke ortho jugak sbb doc ckp mungkin masalah tulang. Atas usaha kakak I, dia bawak mak gi jumpa ortho. bila xray nampak ada tulang haus (wear & tear) I tak ingat bahasa surat panggil apa, org kelantan panggil haus la (bkn maksud dahaga ye). Alhamdulillah, setelah dicucuk ubat, beberapa kali menjalani physiotherapy sakit mak ada berkurangan....walaupun still rasa sikit2 lagi. Hmm...mak pun dah uzur nk jaga I yg sakit ni. Ujian dtg bertimpa2, lepas satu, satu....seminggu lps I bersalin dpt berita isteri pakcik meninggal. Moga Allah beri pahala kepada kami & gantikan dgn yg lebih baik dr musibah ini. Aameen...
November, 2015
Dah sebulan bersalin, sakit masih tak ada tanda2 kurang....bahkan semakin teruk rasanya. Nk baring rasa mcm nightmare...nk angkat kaki pun I daya, terasa berat & sakit. Nk baring mula2 kena angkat kaki naik katil dulu...perlukan tgn utk angkat kaki. lps tu kena betulkan kedudukan & baring perlahan2. Sakit jgn ckp dgn bunyi grinding dlm pelvis & rasa keletup2 sakit mencucuk sampai ke kaki. bila dah baring, nk bangun satu hal pulak. Mmg ambik masa. Kadang2 I takut nk bangun, tak sanggup nk hadapi sakit yg teramat.
Semalam, 09/11/15 jumpa doc lagi sekali. beritahu doc sakit makin bertambah...physiotherapy dah 4 kali pergi. Doc pun hairan kalau masalah joints mesti ada perubahan ini makin bertambah pula sakit. Lalu, doc suruh buat CT scan & ultrasound. Hanya CT scan je sempat buat semalam. Ultra sound tak sempat buat sbb fully booked. Siap CT scan terus naik semula jumpa doc. Kali ni, doc dpt kesan ada tulang yg tak smooth. Tulang kt sebelah kanan pelvis. Mmg nampak tak cantik bergerigi. Doc ckp biasanya tulang yg kena jangkitan kuman, kuman mkn tulang tu sbb tu jadi mcm tu. Biasanya kalau mula2 kena, patient akan diberi antibiotic. Tapi doc nampak yg I punya ni mcm dah lama. Bkn baru jadi. Doc pun x blh nk confirmkan baru atau lama sbb dia kena bg filem I ni kat pakar, nnti pakar akan tgk samada baru atau lama. Doc ckp lagi patut awak sakit sgt....dia panggil sakit I ni ostheoarthritis. Ye, I mmg sakit doc!!
Sepatutnya hari ni I kena masuk hospital utk rawatan. nk masuk semalam, bilik pulak penuh. Tgh tggu panggilan dr hospital bila bilik dah available. Mohon semua yg baca story ni doakan I cpt sembuh ye. Doakan semoga rawatan yg I bakal terima ni berjaya & I dpt jalan semula. Sebulan lebih dah menanggung kesakitan ini. Rasa nk nangis tapi kena tunjuk kuat. kena positif all the time....I yakin sakit ni akan sembuh dgn izin Allah. Jazakumullahu khair....